Kamis, 26 Mei 2011

Sejarah awal mula YouTube

Sejarah awal mula YouTube dimulai pada tahun 2005, diasaskan pada Februari oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Setiap orang yang kenal dengan internet pasti pernah membuka youtube.com, tapi tidak semua orang tau akan sejarah dan awal mula youtube. Nah dari situs awalmula.com ini saya akan memberikan sedikit pengetahuan sejarah youtube kepada anda semua. Dari sini saya akan memberikan sebuah artikel tentang Toutube.com yang terdiri dari bebrapa sub bagian di antaranya adalah sebagai berikut ini:
1. Pengertian Youtube
2. Sejarah Youtube
3. Format video Youtube
4. Mutu video Youtube
5. Video 3D Youtube
6. Kesan sosial Youtube
1. Pengertian Youtube
YouTube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai dan yang membenarkan penggunanya memuat naik, menonton, dan berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai, dengan kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan. Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen, dan video musik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan “Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006″ oleh majalah TIME. Pada Oktober 2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006.
2. Sejarah Youtube
YouTube diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintis PayPal. Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di Universiti Indiana Pennsylvania, manakala Chen dan Karim belajar sains komputer bersama-sama di Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Nama domain “YouTube.com” diaktifkan pada 15 Februari 2005, dan laman web dibangun pada bulan-bulan yang berikut. Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, YouTube muncul buat pertama kali secara rasmi.
Serupa dengan banyak syarikat teknologi yang baru, YouTube bermula sebagai sebuah usaha dibiayai malaikat di sebuah pejabat yang kecil dan murah. Pada November 2005, Sequoia Capital, syarikat modal usaha niaga, melabur AS$3.5 juta; selain itu, Roelof Botha, pekongsi syarikat serta bekas Ketua Pegawai Kewangan PayPal, menyertai lembaga pengarah YouTube. Pada April 2006, Sequoia melabur lagi AS$8 juta dalam syarikat itu yang telah mengalami kepopularan dan pertumbuhan yang pesat dalam hanya beberapa bulan pertama kewujudannya.
Pada musim panas 2006, YouTube menjadi salah satu laman web yang paling pesat pertumbuhannya dalam Jaringan Sejagat, dan ditempatkan oleh Alexa sebagai laman web yang kelima terpopular, iaitu jauh mengatasi juga pertumbuhan laman web MySpace. Menurut sebuah tinjauan pada 16 Julai 2006, 100 juta klip ditonton di YouTube pada setiap hari, dengan sebanyak 65,000 video baru dimuat naik setiap 24 jam. Menurut Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta pengguna setiap bulan, dengan sekitar 44% penontonnya merupakan wanita, dan 56% lelaki. Kumpulan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun merupakan penontonnya yang terutama. Keunggulan Youtube dalam pasaran video dalam talian adalah amat mengejutkan. Menurut laman web Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada pasaran video dalam talian di United Kingdom.
Pada 9 Oktober 2006, Youtube mengumumkan bahawa ia akan diperoleh oleh Google pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham. Perjanjian pembelian antara Google dan YouTube datang selepas YouTube memeterai tiga buah perjanjian dengan syarikat-syarikat media dalam satu percubaan untuk mengelakkan tuntutan-tuntutan mahkamah terhadap pelanggaran hak cipta. YouTube akan terus beroperasi secara bebas, dan kesemua pekerja syarikat serta pengasas-pengasas bersamanya akan terus bekerja di dalam syarikat. Urus niaga untuk memperoleh YouTube selesai pada 13 November, dan merupakan pembelian Google yang terbesar setakat ini.
Pada November 2008, YouTube mencapai persetujuan dengan MGM, Lions Gate Entertainment dan CBS yang membolehkan ketiga-tiga syarikat tersebut memuatkan filem-filem dan rancangan televisyen sepenuhnya di laman YouTube, asalkan disertakan iklan, sebagai langkah menyaingi laman-laman video lain seperti Hulu, yang memaparkan bahan-bahan terbitan NBC, Fox, dan Disney.
3. Format video Youtube
Teknologi pemain video YouTube berasaskan Adobe Flash Player yang membolehkan laman ini memaparkan video yang setanding mutunya dengan teknologi-teknologi video sedia ada (seperti Windows Media Player, QuickTime, dan RealPlayer) yang biasanya memerlukan pengguna memasang pemalam pelayar web untuk menonton videonya. Pemalam juga diperlukan untuk menonton video Flash, tetapi hasil kaji selidik Adobe Systems mendapati pemalam Flash sudah dipasang dalam 95% komputer peribadi.
Video-video yang dimuat naik ke YouTube oleh pemegang akaun biasa terhad kepada 15 minit panjangnya. Ketika YouTube dilancarkan pada tahun 2005, video lebih lama boleh dimuat naik, tetapi had 10 minit dikenakan pada Mac 2006 setelah pihak YouTube mendapati kebanyakan video yang menjangkaui kepanjangan ini berbentuk cetak rompak filem dan televisyen. Akaun rakan (partner) dibenarkan memuat naik video melebihi 10 minit asalkan diizinkan oleh YouTube. Had sepuluh minit dinaikkan kepada lima belas minit pada Julai 2010. Partner accounts are permitted to upload longer videos, subject to acceptance by YouTube. Saiz fail terhad pada 2 GB untuk muat naik dari laman web YouTube, dan 20 GB dari penggunaan Advanced Uploader yang berasaskan Java. YouTube menerima muat naik video dalam kebanyakan format, termasuk .WMV, .AVI, .MKV, .MOV, MPEG, .MP4, DivX, .FLV, dan .OGG. YouTube juga menyokong 3GP, maka membolehkan video dimuat naik terus dari telefon bimbit.
4. Mutu video Youtube
Pada mulanya, YouTube hanya menyiarkan video dalam satu format, tetapi kini terdapat dalam tiga format di samping juga format “mobil” untuk tontonan pada telefon bimbit. Format asalnya, iaitu mutu “biasa”, memaparkan video berleraian 320×240 piksel dengan kodek Sorenson Spark dan audio MP3 mono. Beginilah kebiasaan dalam penstriman video ketika YouTube dilancarkan dahulu.
Video “bermutu tinggi” yang diperkenalkan pada Mac 2008, dipaparkan pada leraian 864×480 piksel dengan bunyi AAC stereo. Format ini banyak menunjukkan peningkatan berbanding mutu biasa. Pada November 2008, sokongan HD 720p diperkenalkan. Pada masa yang sama, pemain YouTube diluaskan nisbah aspeknya dari 4:3 kepada skrin lebar 16:9. Video 720p berleraian 1280×720 piksel dan dikodkan dengan kodek video H.264 dengan audio stereo AAC. Pada November 2009, sokongan HD 1080p diperkenalkan pula, pada leraian 1920×1080 piksel.
5. Video 3D Youtube
Dalam video yang dimuat naik pada 21 Julai 2009, jurutera perisian YouTube Peter Bradshaw mengumumkan bahawa para pengguna YouTube boleh memuat naik video 3D. Video 3D ini boleh ditonton seperti video biasa, atau merasai kesan 3D dengan memakai cermin mata khas.
6. Kesan sosial Youtube
Sebelum YouTube dilancarkan pada 2005, terdapat sebilangan kecil kaedah mudah yang membolehkan pengguna biasa memuatkan video dalam Internet. Dengan antara mukanya yang serba ringkas, YouTube membolehkan sesiapa yang bersambungan Internet memuatkan video untuk dicapai oleh penonton seluruh dunia dalam masa beberapa minit. Berbagai-bagai topik yang diliputi oleh YouTube telah menerapkan kepentingan perkongsian video dalam budaya Internet.
Salah satu contoh awal kesan sosial dari YouTube merupakan populariti video Bus Uncle pada tahun 2006 yang merakam pergaduhan antara seorang belia dan seorang warga emas dalam sebuah bas di Hong Kong, hinggakan diberi perbincangan hangat dalam media arus perdana. Salah satu video YouTube yang disambut hebat ialah akaun guitar, yang menampilkan persembahan lagu Pachelbel’s Canon yang dimainkan dengan dengan gitar elektrik. Nama pemainnya tidak didedahkan dalam video itu, tetapi selepas ditonton berjuta-juta kali, akhbar The New York Times mendedahkan identiti pemain gituar tersebut sebagai Jeong-Hyun Lim, rakyat Korea Selatan berusia 23 tahun yang merakam lagu tersebut di bilik tidurnya

Tidak ada komentar: